Chatbot untuk peniaga Malaysia

Pelanggan tanya pukul 2 pagi. Bot kau jawab.

PIBOT bantu kau bina chatbot yang layan pertanyaan, kumpul nombor telefon dan tapis prospek, terus di website dan WhatsApp. Tak perlu tahu coding, tak perlu tunggu admin online.

Bahasa Melayu & EnglishDihoskan sendiriData lead milik kau
K
Kedai Kak Ros● Online 24 jam
Assalamualaikum! 👋 Saya pembantu Kedai Kak Ros. Nak tanya pasal apa?
Harga kekPenghantaranLokasi
Harga kek
Kek 1kg mula RM65. Untuk majlis bila ya?
Sabtu ni, 20 orang
Boleh! Tinggalkan nombor, Kak Ros WhatsApp dalam 10 minit.
Lead baru · 012-3xx xxxx · Sabtu · 20 pax
Cara guna

Dari idea ke bot yang hidup, dalam satu petang

Langkah 1

Susun perbualan

Seret dan lepas blok soalan, butang pilihan dan jawapan dalam builder. Mula dari templat atau dari kosong.

Langkah 2

Pasang di mana-mana

Tampal satu baris kod di website, kongsi pautan di bio Instagram, atau sambung ke nombor WhatsApp perniagaan.

Langkah 3

Terima lead

Setiap jawapan pelanggan masuk ke dashboard, Google Sheets atau terus ke WhatsApp team jualan kau.

Ciri

Semua yang admin kau buat berulang kali, bot boleh ambil alih

Builder seret & lepas

Lebih 30 jenis blok: teks, gambar, video, butang, borang, pembayaran dan logik bersyarat.

WhatsApp & website

Satu bot, banyak saluran. Pelanggan sembang di mana mereka selesa.

Analitik perbualan

Lihat di blok mana pelanggan berhenti, dan baiki aliran supaya lebih ramai sampai ke penghujung.

Automasi n8n

Hantar lead ke CRM, e-mel, Google Sheets atau sistem sendiri tanpa kerja manual.

Data kau, server kau

PIBOT dihoskan sendiri. Maklumat pelanggan tak dikongsi dengan platform luar.

Sambung dengan iklan

Hantar trafik iklan Facebook & TikTok terus ke bot, supaya setiap klik jadi perbualan.

Industri

Dipakai oleh perniagaan yang hidup dengan pertanyaan

Kedai online

Jawab soalan stok, saiz dan pos. Tolak pelanggan ke checkout.

Ada saiz XL tak?

Hartanah

Tapis pembeli ikut bajet dan lokasi sebelum ejen telefon.

Bajet bawah RM500k

Klinik & servis

Ambil temujanji dan ingatkan pelanggan secara automatik.

Slot Khamis petang?

Pendidikan

Daftar pelajar, hantar jadual kelas dan maklumat yuran.

Kelas hujung minggu ada?
WhatsAppWebsiteFacebook MessengerInstagramGoogle Sheetsn8nWebhook
Soalan lazim

Sebelum kau mula

Perlu tahu coding ke?

Tak perlu. Semua dibina dengan seret dan lepas. Kalau nak, team kami boleh siapkan bot untuk kau.

Boleh guna nombor WhatsApp sedia ada?

Boleh, melalui WhatsApp Business API. Kami bantu proses pendaftaran dan sambungan.

Berapa harganya?

Ada pakej bulanan dan pakej siap dibina. Sembang dengan bot kami untuk sebut harga ikut keperluan perniagaan kau.

Lead disimpan di mana?

Dalam dashboard PIBOT di server kami sendiri, dan boleh dieksport ke CSV atau Google Sheets bila-bila masa.

Biar bot jaga kaunter. Kau jaga bisnes.

Demo 15 minit, percuma. Kami tunjuk bot yang sesuai untuk perniagaan kau.